Thursday, 26 January 2012

CINTA ITU HARUS DIPERJUANGKAN !!!

Cinta. Ya, memang indah kalau ia dijaga rapi dan sempurna. Tapi, kadang-kadang cinta tu angkuh. Ni yg aku baca dari blog along aku. Betul ke ini yg diperkatakannya? Cinta itu angkuh, dia tak akan datang pada kita jika kita tak datang pada dia. Mungkin betul, cinta harus dijaga dengan baik. Tapi, ada sesetengah manusia yg tak pandai nak hargai cinta. Mungkin dari awal dia merasakan cinta itu. Tapi, lama kelamaan cinta itu pudar dan manusia itu sudah penat untuk mengejar cinta yg tak pasti.


Cinta, sebenarnya semua manusia memerlukan ini dan rasa cinta ini diberikan Allah kpd semua hambaNya. Ya, kadang-kadang manusia itu sudah berusaha utk cinta nya, tapi ada manusia lain yg tak puas utk mengejar cinta yg pasti. Itu adalah atas diri manusia itu sendiri. Terpulanglah jika dia merasakan itu adalah terbaik utk dia. Semakin manusia itu diuji oleh Allah maka Allah semkin sayang kpd manusia itu. Cinta tak kejam. Yg kejamnya manusia itu sendri. Kerana apa, kerana manusia itu meletakkan KEEGOAN dlm bercinta. Kenapa harus ada itu? Bukankah setiap pasangan harus tahu yg hidup ini seperti roda. Kadang kita di atas dan kadang kita berada di bawah. Bahagia itu tdak selamanya dan aku percaya akan ada kifarah di sebalik apa yg manusia itu lakukan. Akan berbalik semula kepadanya. ALLAH ITU MAHA ADIL. 

Percayalah.


Cinta, kebanyakkan kaum-kaum hawa yg sesetengahnya telah rosak dengan cinta manusia. Ya. Mungkin kerna terleka dengan cinta seorang manusia tanpa menghiraukan apa yg akan terjadi di kemudian hari. Cinta dan sayang semuanya berbait indah di benak hati manusia itu. Di ketika itu. Dijanjikan bahagia, dijanjikan dengan pelbagai, namun akhirnya cinta itu tersadai begitu sahaja. Itu adalah nafsu, nafsu cinta. Mungkin manusia itu harus sedar dari awal perkenalan dan dengan pengakhiran cinta nya bahawa cinta dia hanyalah nafsu cinta semata.



Cinta, Perkenalan yg baik adalah perkenalan yg terbit dari hati yg ikhlas menyayangi. Jarang cinta seperti ini ada pd zaman 2012 ini. Cinta seperti ini berlaku jika kedua manusia itu imannya kuat, tidak termakan tipu daya kata-kata indah. Berkenalan dan tahu bila tiba masanya untuk bersama. Indahnya andai bertemu lelaki seperti ini. Ya. Cinta itu harus diperjuangkan! Berjuanglah untuk mendapatkan cinta Allah. Itu adalah lebih pasti dari segala cinta kepada manusia. Ia tidak akan kekal abadi. Ia hanya sementara dan yg abadi adalah cinta kepada ALLAH.


No comments:

Post a Comment