Friday, 17 April 2015

Akan

Engkau harapan ibu bapa dikampung
juga harapan untuk dirimu sendiri
Jagalah dirimu wahai diri sendiri
Sayangi dan cintailah dia.

Aku takut, takut
jika sampai satu masa harapan itu bakal memusnahkan hidupku
kerana aku sayang kesemuanya terutama kedua orang yang membesarkan aku itu
Biar diri berpenat lelah, biar ia sampai ke langit tinggi, 
Sehingga hancur sekalipun, andai ianya dapat membahagiakan kedua orang itu
aku sanggup.

Dan itupun tidak lagi mampu untuk aku membalas setiap jasa, peluh, pengorbanan, air mata, penat lelah, setiap titis susu, keringat dan tanggungjawab mereka. Tidak terbalas. Tidak.

Ayahanda, Bonda.
Anakanda disini akan cuba.
Cuba sedaya upaya.
Cuba untuk menjadi insan yang kau kagumi.
Aku akan cuba.
Cuba.
Cuba.
Cuba.


No comments:

Post a Comment